Thursday, April 5, 2012

Syabas Dr. Zakiah...!

Dr. Zakiah Kamdi

Khabar dari Nottingham menceriakan suasana petang di FKMP yang agak terhimpit dengan bahang akreditasi. Pn. Zakiah Kamdi kini bergelar Dr. Zakiah Kamdi. Bakal kembali bertugas pada 19/4, beliau akan melengkapkan angka 14 dalam keanggotaan ENIGMA. Kepulangan beliau memang tepat pada masanya tatkala JKBR mula membina kekuatan tersendiri menerusi ENIGMA dan EDRG. Semoga ENIGMA dan JKBR akan semakin mantap dengan kehadiran beliau. Tahniah dan selamat kembali ke pangkuan FKMP.

No comments:

Post a Comment