ENIGMA dikunjungi para tetamu dari negara kejiranan pada petang 8 Februari 2012. Dr. Ir. Muhammad Idrus Alhamid dari Fakultas Teknik, Universitas Indonesia (UI) bersama-sama rombongannya telah disambut oleh Ketua Jabatan, Dr. Nur Azam Badarulzaman, dan Ketua Panel Bahan, Dr. Hasan Zuhudi Abdullah. Pertemuan ini juga turut disertai oleh PM Dr. Abdul Mutalib Leman. Dr. Ir. Muhammad Idrus atau lebih senang dipanggil 'Pak Idrus' merupakan seorang akademia serta penyelidik aktif dan mempunyai rangkaian penyelidikan yang luas di luar negara. Ini merupakan 'kunjungan balas' beliau setelah Dr. Zawati dan Dr. Maizlinda menyertai lawatan pihak UTHM ke UI pada tahun 2010.
Sungguhpun waktu pertemuan ini berlangsung agak singkat, pelbagai topik penyelidikan khusus berkaitan bidang kejuruteraan bahan telah dibincangkan. Pak Idrus dan rakan-rakan turut berkesempatan melawat Makmal Polimer dan Seramik sejurus sebelum beredar ke hotel penginapan.
Pihak ENIGMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pak Idrus dan rakan-rakan beliau atas kunjungan tersebut. Turut dihargai ialah PM Dr. Abdul Mutalib yang telah bertindak selaku 'orang tengah' lantas melicinkan pertemuan ini. Semoga pertemuan ini akan membutirkan pelbagai topik kerjasama antara kedua-dua pihak pada hari-hari mendatang.
No comments:
Post a Comment