Tuesday, January 31, 2012

ENIGMA @ Brunei

ENIGMA membuka lembaran 2012 dengan penuh yakin. Salah seorang penyelidik ENIGMA iaitu Dr. Nur Azam telah membentangkan kertas kerja penyelidikan bertajuk ‘ Fabrication and Characterization of Kaolin-Based Ceramic Membrane for Liquid Filtration’ di Brunei International Conference on Engineering and Technology 2012 (BICET 2012). Persidangan antarabangsa tersebut telah dilangsungkan di Rizqun International Hotel, Gadong dan dianjurkan oleh Institut Teknologi Brunei (ITB). Persidangan yang telah dianjurkan buat kali yang ke-4 ini memilih tema ‘Sustainable Development Through Advances in Engineering and Technology’ bagi tahun 2012. Persidangan ini berlangsung selama dua hari iaitu 25-26 Januari 2012.

Dr. Nur Azam menerima cenderahati daripada Dr. Mohammad Nurul Islam selepas membentangkan kertas kerja

Pembukaan BICET2012 telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, dan mendapat liputan meluas oleh media rasmi Brunei. Sementara itu, Prof. Mark Spearing dari University of Southampton dan Prof. Hanafi Ismail dari Universiti Sains Malaysia adalah para pembentang jemputan bagi persidangan tersebut.

Persidangan dua hari tersebut berlangsung dengan jayanya dan pelbagai topik berhubung tema persidangan telah dibentangkan. Majlis penutup BICET 2012 telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor ITB iaitu Yang Mulia Dr. Hajah Naemah binti Haji Basir, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para pembentang kertas kerja.

Yang Mulia Dr. Hajah Naemah menyampaikan sijil kepada Dr. Nur Azam ketika majlis penutup BICET2012



No comments:

Post a Comment