2012 telah mula meniti masa dan pelbagai perubahan berlaku di dalam Fakulti. JKBR juga turut menerima tempias perubahan. Dr. Zawati Harun telah mengakhiri tugas selaku Ketua Jabatan. Berkuatkuasa 2 Januari 2012, Dr. Nur Azam Badarulzaman ditugaskan sebagai 'nakhoda' baru bahtera JKBR. Susulan dengan lantikan tersebut, jawatan Ketua Panel Bidang (Kejuruteraan Bahan) telah diamanahkan kepada Dr. Hasan Zuhudi Abdullah. Sementara itu, Dr. Sia kekal di kerusi Ketua Panel Bidang (Rekabentuk).
ENiGMA dan EDT (kini EDRG), secara rasminya menjadi sebahagian daripada Kumpulan Fokus Penyelidikan FKMP. Dr. Zawati dan PM Dr. Hj. Badrul Omar, masing-masing ditugaskan menerajui ENIGMA dan EDRG. Struktur dan keahlian jawatankuasa FKMP juga turut menerima angin perubahan. Dr. Hariati Taib, Dr. Sufizar Ahmad dan Dr. Maizlinda Izwana Idris adalah beberapa nama yang terlibat di samping ahli-ahli JKBR lain yang akan berubah jawatan atau lokasi tanggungjawab.
Semoga 2012 dan seterusnya, dengan izin Allah SWT, JKBR, EDRG dan ENIGMA akan lebih cemerlang...!
No comments:
Post a Comment